Blogger Layouts

Tuesday 20 December 2011

~~ GLOBALISASI, AFTA & IMPLIKASI TERHADAP PEMBANGUNAN NEGARA ~~

Definisi

Globalisasi merupakan satu proses:
­evolving  dan berterusan;
­menuju ke arah satu pasaran seragam.

Manifestasi globalisasi:

- pasaran tanpa batasan
-internationalisation pengeluaran dan pengedaran
-aliran bebas faktor-faktor pengeluaran; modal, sumber manusia dan teknologi.


Faktor-faktor yang meransang globalisasi

Perkembangan/perubahan dalam teknologi:
ICT
Perubahan dalam teknologi pengeluaran:
mass production
transferable technology
Suasana pasaran yang liberal:
sekatan pada paras yang minimum
liberalisasi dan komitmen di bawah WTO

Dalam sektor kewangan, globalisasi telah memberikan implikasi negatif:

* spekulasi matawang
* krisis ekonomi dan kewangan
* industri belum matang
* produk-produk baru yang tidak difahami oleh negara-negara     membangun. 









::: TeKnOlOgI Di ErA GlObaLiSaSi : ::

Globalisasi yang berteraskan IT telah membawa banyak perubahan yang boleh
dilihat dengan mata kasar dan juga yang dirasakan secara langsung pada
peringkat komuniti dan individu. Wujudnya ratusan siber cafe atau WARNET
di seluruh pelusuk Nusantara adalah bukti nyata tentang perkembangan itu.
Sistem perbankan elektronik dengan ribuan ATM yang membolehkan wang tunai
dikeluarkan bila-bila waktu selama 24 jam adalah satu lagi buktinya. Kombinasi
teknologi satelit dengan IT telah menyebabkan ledakan penggunaan telefon
bimbit (mobile telephone). Banyak lagi contoh dan bukti lain boleh diberi untuk
menunjukkan bagaimana IT dan globalisasi telah memberi kesan ke atas kehidupan
seharian rakyat Malaysia dan Indonesia. Soalnya, apakah semua perubahan ini
benar-benar telah mengubah sifat, proses dan prinsip yang mendasari pembinaan
ilmu secara intrinsik sehingga membolehkan globalisasi dan IT mencapai
suksesnya kini yang dikatakan ilmu adalah sendinya?








Untuk membolehkan kita membincang secara objektif dan skimatis akan hal
ini, kita akan mengupasnya daripada tiga sudut: epistemologi, ontologi dan
metodologi. Epistemologi dimengertikan sebagai asal-usul serta sistem pemikiran
yang mendasari ilmu. Dalam konteks moden, khususnya semenjak zaman
Enlightenment, epistemologi struktur ilmu pengetahuannya adalah rasionalisme.
Ontologi pula membawa erti konsepsi mengenai realiti, tidak kira sama ada yang
nyata atau abstrak, yang selanjutnya mempengaruhi cara manusia mendefinisi
diri dan alam di sekitarnya. Metodologi pula merujuk kepada dua perkara: pertama,
orientasi, prinsip dan teknik penyiasatan sosial dan kedua, isu-isu bersifat
metodologikal, seperti peranan disiplin akademik, proses pendidikan dan
pembelajaran serta sifat bahan dan pembuktian empirikal. Ketiga-tiga aspek ilmu
ini tidak terpisah seratus persen, kerana kait mengait dan tindanlapis yang kadangkadang
boleh membawa kekeliruan dalam usaha kita memahami pembinaan ilmu
dalam era globalisasi dan IT ini.



:: EmERGING pATTERNS OF cONTaCT, 1200 BCE - 1000 CE : :

     Historian do enjoy finding evidence that crucial aspects of the human experience started earlier than we once thought, as noted in the previous chapter. This part of their effort to elucidate the past and to bring it alive by making it unexpectedly relevant to more recent interests. Thus historians of medieval Europe, intrigued by the popularity of the Renaissance, long ago began to find " renaissance" in the 12th century. Modern mass consumerism, once thought to be a product of the Industrial Revolution later in the 19th century turns out to have started in Europe in the 17th-18th centuries well before industrialization and now historians are discovering consumer revolutions as early as the 14th century.

    The sexual revolution hailed or lamented in the 1960s turn to have started in the 1940s and 1950s and so it goes on. The list of revisions of initial statements of origin in the history of virtually every topic and every region is a long one.Sometimes the resulting findings are superficial or debatable sometimes ( as with consumerism) they seriously reoroent the ways we think about the past and about the causation of major change.

    World historians with their deep and growing interest in contact have devoted creative energies to uncovering and highlighting trade and other connections relatively early in human history. One result is the wide awareness of the so-called Silk Road ( more properly Roads) and the fascination with the exchanges and trade centers that formed its core.Indeed, the sil Road has probably won too much attention to the detriment of an awareness of other arguably equally important contact routes well before modern times.If this means that at least a brief survey of early patterns forms an important part of the backdrop to more in depth analysis of globalization in historical perspective then the implication is clearly valid.
    The big contact challenge for most regions before 1000CE, amid pervasive localism was to build network within larger regions like the Mediterranean basin or the Middle East that would facilitate trade and cultural and political exchange. Effort to reach beyond the larger regions though they did exist had only passing significance for the vast majority of the human population.
                      

Tuesday 6 December 2011

MITOS MENGENAI GLOBALISASI




Globalisasi menyebabkan standard penjagaan alam sekitar dan
standard tenaga buruh menjadi rendah.


Satu lagi kesilapan ialah apabila 
kita menyangka bahawa modal berpindah ke tempat yang mempunyai standard 
alam sekitar dan tenaga buruh yang paling rendah. Kita perlu memeriksa fakta. 
Pelabur melabur di tempat yang menghasilkan pulangan paling baik. Biasanya, 
ini bermaksud mereka mencari tempat yang mempunyai tenaga buruh paling 
produktif, di mana rakyat biasanya lebih kaya. Rakyat yang lebih kaya biasanya 
menuntut kualiti alam sekitar dan kualiti tempat kerja yang lebih baik, bukan
lebih buruk.



Ada dua kes yang biasa dijadikan hujah betapa kononnya perjanjian 
perdagangan bebas boleh merosakkan alam sekitar – kes ‘tuna / ikan lumba- 
lumba’ dan kes ‘udang / penyu’. Sebenarnya, dalam kedua-dua kes ini, apa yang berlaku ialah globalisasi melahirkan perlumbaan untuk menjadi lebih baik, bukan sebaliknya. Banyak negara yang kini menggunakan standard Amerika Syarikat dalam usaha melindungi ikan lumba-lumba dan penyu. Perkara yang sama juga berlaku dalam hal standard pekerjaan. Ramai yang mencari pekerjaan dalam syarikat milik pelabur asing kerana syarikat-syarikat asing biasanya membayar gaji yang lebih tinggi dan juga menawarkan kualiti tempat kerja yang lebih baik berbanding syarikat tempatan.


Globalisasi menghasilkan homogenasi budaya Amerika ke seluruh dunia.


Memang benar bahawa Amerika Syarikat menjadi tarikan kepada ramai
pihak. Golongan elit biasanya tidak suka perkara ini. Tapi, cuba kita fikirkan
trend yang melanda dunia seperti Harry Potter daripada England, Pokemon dan
Anime daripada Jepun, Bollywood daripada India, dan banyak lagi budaya yang
bukan daripada Amerika. Semua ini sebenarnya memperkayakan kita dan
memperkayakan satu sama lain. Itu belum lagi disebut mengenai masakan
Siam dan lagu-lagu yang kita dengar dalam pelbagai bahasa.
Jika budaya disimpan dalam bekas kedap udara dan dihalang daripada
berubah, maka ia bukan lagi kebudayaan manusiawi. Sebaliknya, ia menjadi
barang pameran dalam muzium sahaja. Globalisasi sebenarnya
memperkayakan budaya.


Globalisasi melahirkan ketidaksamaan



Ketidaksamaan berlaku akibat
daripada pelbagai faktor yang kompleks. Ada benarnya jika dikatakan bahawa
globalisasi melahirkan ketidaksamaan kerana jurang antara negara-negara
yang menyekat perdagangan dengan negara-negara yang mengamalkan
ekonomi terbuka memang menjadi semakin besar. Tetapi ini bukan
ketidaksamaan yang sering dimomokkan oleh penentang globalisasi!
Hakikatnya, dalam negara-negara yang membuka ekonomi mereka untuk
menerima perdagangan dan pelaburan, jumlah golongan pertengahan (middle class) semakin meningkat. Ini bermaksud jurang pendapatan menjadi semakin
kecil, bukan semakin besar.




~~Globalisasi membawa kemakmuran~~




Ramai yang berhujah menggunakan emosi apabila berbicara mengenai
globalisasi. Saya tidak mahu menggunakan emosi. Saya akan menggunakan
hujah, logik dan bukti. Dalam membincangkan globalisasi, kita mesti
memastikan sesuatu hujah itu boleh difikirkan, boleh disahkan dan boleh
diperdebatkan. Cara terbaik  untuk menarik hati seseorang ialah melalui
akal fikiran mereka. Saya mahu berinteraksi dengan akal fikiran anda supaya
anda sendiri boleh membawa hati dan perasan anda untuk menyebelahi
kemanusiaan.

Golongan anti-globalisasi biasanya menggunakan perkataan globalisasi apabila
merujuk kepada hampir semua perkara yang mereka benci. Tetapi, bagi saya,
globalisasi bermaksud ‘pengurangan atau penghapusan sekatan-sekatan yang
dikenakan oleh kerajaan ke atas perdagangan merentas sempadan dan juga
sistem pengeluaran dan pertukaran global yang semakin bersepadu dan
semakin kompleks yang terhasil darinya’. Persoalan yang timbul ialah apakah
kesan daripada globalisasi dan adakah ia mendatangkan faedah atau
keburukan.



Dari segi polisi pula, persoalan penting yang timbul ialah wajarkah sempadan
negara dijadikan penghalang kebebasan transaksi perdagangan merentas
sempadan? Wajarkah penanam gandum di Amerika Syarikat dibenarkan
membeli telefon bimbit yang dibibuat di Finland? Wajarkah pengeluar pakaian
di Ghana dibenarkan menjual barangan mereka kepada pekerja kilang
kenderaan di German?



Bagi saya, jawapannya ialah “Ya! Mereka wajar dibenarkan berdagang dengan
bebas”. Tetapi golongan anti-globalisasi – baik yang berhaluan kira atau kanan,
baik Ralph Nader atau Patrick Buchanan atau Jean Marie le Pen – mengatakan
tidak. Sebelum saya menjelaskan kenapa saya berkata ya, saya ingin
menjelaskan bahawa perbahasan ini bukan perbahasan mengenai angka dan
statistik semata-mata tetapi ia merupakan perbahasan mengenai manusia,
interaksi antara manusia, dan kehidupan manusia yang penuh bererti.
Untuk memberikan sedikit gambaran kemanusiaan terhadap perdebatan ini,
izinkan saya menceritakan satu kisah. Saya mempunyai seorang rakan
berbangsa Maya. Beliau mengajar antropologi di Guatemala. Beliau pernah
membawa saya ke sebuah kawasan tanah tinggi yang didiami oleh bangsa
Maya.




Monday 5 December 2011

~~1500 As Turning Point~~

Story about innovations and accelerationsin global processes after 1750 were interesting and important, but for the most part they confirmed the durable shifts in global relationships that had development from the 1500s onward. Just as the trans- regional network around 1000 created long - lasting connections and technologies that would not have to be reinvented, so the world systems emerging in the 1500s permanently altered world system. New routes across the Atlantic and Pacific would only grow in significance, confirming the role of the Americas and the Pacific Oceania in global pattern from this point onward.

            The new global period also set up conditions for further change - as had been the case in the earlier reverberations of the trans-regional network. International  companies might readily seek news ways ti increase their profits: it was int the late 18th century, example that manager in the East Idia Company discovered that they could make additional money selling Indian-grown opium to China and ultimately this would contribute to a far reaching change in China's relationship to the global economy.

Globalisasi & Negara Pembangunan



      Dampak globalisasi ke atas keupayaan negara untuk campurtangan dalam pembangunan berdasarkan wacana pembangunan kontemporer. memang benar bahawa kegawatan ekonomi 1997 dan krisis ekonomi Jepun yang berpanjangan telah menyebabkan peranan negara dalam pembangunan semakin dipertikaikan . Negara dianggap tidak lagi relevan dan sepatutnya berundur bagi membolehkan pasaran mengendalikan urusan ekonomi secara lebih efisien.









     Walaubagaimanapun, soal pembangunan dan agihan tidak boleh diserahkan kepada kuasa pasaran semata-mata, peranan negara masih diperlukan tetapi negara harus mengubahsuai peranannya supaya terus relevan seperti yang dibuktikan oleh kes Jepun, Korea Selatan dan Malaysia. Era negara autoriter yang dipimpin oleh tokoh-tokoh kuat sudah berlalu atas desakan pendemokrasian.

         Pada hari ini negara masih boleh berperanan dalam pembangunan dengan syarat ,ia memajukan pembangunan mesra rakyat ,iaitu pembangunan yang tidak mengetepikan soal kebebasan dan pilihan rakyat yang diperjuangkan oleh masyarakat sivil.