Blogger Layouts

Sunday 30 October 2011

~~THIS BOOK MAKE ME UNDERSTAND ABOUT GLOBALIZATION~~



INTERESTING BOOK!! everybody must read..



Title : Globalization In World History

This edition published in the Taylor & Francis e-Library 2009

Series editor : Peter N.Stearns

The Themes in World History series offers focused treatment of a range of human experiences and institutions in the world history context. The purpose is to provide serious, if brief, discussions of important topics as additions to textbook coverage and document collections. The treatments will allow students to probe particular facets of the human story in greater depth than textbook coverage allows and to gain a fuller sense of historian's analyytical methods and debates in the process.

Tuesday 18 October 2011

PERANAN NEGARA DALAM ERA GLOBALISASI



       Pada masa kini, era globalisasi ini telah menjadi satu buzz-word yang digunakan oleh pelbagai pihak tetapi ia seringkali disalah tafsirkan.  sebagai satu proses transformasi dunia, globalisasi ini dikatakan telah bermula kira-kira dua dekad yang lalu dengan terbentuknya ekonomi global yang berbeza daripada ekonomi dunia. Sementara ekonomi dunia merujuk kepada sebuah ekonomi yang memperlihatkan proses pengumpulan modal yang melibatkan seluruh dunia dan sudah terbentuk abad ke-16.




Oleh yang demikian menurut Hirst dan Thompson(1996) pihak pemerintah masih diperlukan untuk merencana dan melaksanakan perubahan tertentu di negara masing-masing. Sungguhpun begitu, tidak dapat di nafikan juga keupayaan pemerintah dinegara sedang membangun  dan menentukan dasar dan arah pembangunannya telah banyak berkurangan dalam 1990-an seperti yang ditunjukkan dalam krisis kewangan  1997 dan krisis Jepun yang berpanjangan.


Thursday 13 October 2011

GLOBALISASI

Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. 

Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir & gaya bertindak dari satu daerah dunia kpd daerah dunia yg lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia.

Apakah impikasi serta kesan globalisasi terhadap: 

  •  Ekonomi
Perspektif ini dapat dilihat melalui 3 tahap :

* Pertama ialah perusahaan antarabangsa yang mempunyai aktiviti diluar sempadan nasional dan meliputi eksport,import dan penghasilan bukan mentah.
* Kedua ialah perusahaan multi nasional, iaitu perusahaan yang menjalankan aktivitinya di berbagai negara.
* Ketiga ialah perusahaan global yang melihat ekonomi dunia sabagai satu. Perusahaan tersebut mendapatkan bahan mentah dan menjual barangan secara global.





  • Kebudayaan sebuah negara

Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat atau organisasi. Pada zaman dahulu manusia dalam sesebuah masyarakat itu sanggup berperang kerana mempertahankan budaya hidup mereka yang dicemar atau dicerobohi oleh pihak lain. Bagaimana pun cara hidup manusia hari ini sudah banyak berubah dan menuju globalisasi.



Budaya Makan


 Budaya Muzik dan Hiburan





BUDAYA TEKNOLOGI

Monday 10 October 2011

Apa Itu GLOBALISASI


Globalisasi mempunyai pelbagai maksud mengikut tafsiran kumpulan-kumpulan mengikut kepentingan mereka.  
10 maksud globalisasi dapat dikupas dan dikenalpasti :
1. Globalisasi bermaksud liberalisasi dan ekonomi bebas.
2. Ia bermakna pasaran terbuka dan proses kearah dunia tanpa sempadan.
3. Peluang dan kebebasan melabur bagi negara-negara yang sudah membangun.
4. Bagi negara-negara yang sedang membangun globalisasi bermaksud peluang menarik pelaburan asing.
5. Globalisasi bererti peluang mendapatkan sumber asli dengan harga berpatutan, tenaga kerja dengan kos rendah dan proses pengeluarlan dengan dayasaing yang tinggi
6. Globalisasi bermaksud proses memaju dan berkongsi informasi, pengetahuan dan teknologi.
7. Proses globalisasi memperkembangan budaya, pelancungan dan gaya hidup yang sama.
8. Globalisasi bererti proses mencari kerjasama dan bemaufakat mengatasi sengketaan politik antarabangsa.
9. Globalisasi boleh menegakkan sistem demokrasi dan hak asasi manusia, kezaliman pemerintah dan keganasan terhadap rakyat.
10. Proses globalisasi boleh membenteras masalah kemiskinan, gejala sosial, penyakit-penyakit dan mengatasi gejala malapetaka apabila ianya berlaku.