Pada masa kini, era globalisasi ini telah menjadi satu buzz-word yang digunakan oleh pelbagai pihak tetapi ia seringkali disalah tafsirkan. sebagai satu proses transformasi dunia, globalisasi ini dikatakan telah bermula kira-kira dua dekad yang lalu dengan terbentuknya ekonomi global yang berbeza daripada ekonomi dunia. Sementara ekonomi dunia merujuk kepada sebuah ekonomi yang memperlihatkan proses pengumpulan modal yang melibatkan seluruh dunia dan sudah terbentuk abad ke-16.
Oleh yang demikian menurut Hirst dan Thompson(1996) pihak pemerintah masih diperlukan untuk merencana dan melaksanakan perubahan tertentu di negara masing-masing. Sungguhpun begitu, tidak dapat di nafikan juga keupayaan pemerintah dinegara sedang membangun dan menentukan dasar dan arah pembangunannya telah banyak berkurangan dalam 1990-an seperti yang ditunjukkan dalam krisis kewangan 1997 dan krisis Jepun yang berpanjangan.
No comments:
Post a Comment