Blogger Layouts

Tuesday 6 December 2011

MITOS MENGENAI GLOBALISASI




Globalisasi menyebabkan standard penjagaan alam sekitar dan
standard tenaga buruh menjadi rendah.


Satu lagi kesilapan ialah apabila 
kita menyangka bahawa modal berpindah ke tempat yang mempunyai standard 
alam sekitar dan tenaga buruh yang paling rendah. Kita perlu memeriksa fakta. 
Pelabur melabur di tempat yang menghasilkan pulangan paling baik. Biasanya, 
ini bermaksud mereka mencari tempat yang mempunyai tenaga buruh paling 
produktif, di mana rakyat biasanya lebih kaya. Rakyat yang lebih kaya biasanya 
menuntut kualiti alam sekitar dan kualiti tempat kerja yang lebih baik, bukan
lebih buruk.



Ada dua kes yang biasa dijadikan hujah betapa kononnya perjanjian 
perdagangan bebas boleh merosakkan alam sekitar – kes ‘tuna / ikan lumba- 
lumba’ dan kes ‘udang / penyu’. Sebenarnya, dalam kedua-dua kes ini, apa yang berlaku ialah globalisasi melahirkan perlumbaan untuk menjadi lebih baik, bukan sebaliknya. Banyak negara yang kini menggunakan standard Amerika Syarikat dalam usaha melindungi ikan lumba-lumba dan penyu. Perkara yang sama juga berlaku dalam hal standard pekerjaan. Ramai yang mencari pekerjaan dalam syarikat milik pelabur asing kerana syarikat-syarikat asing biasanya membayar gaji yang lebih tinggi dan juga menawarkan kualiti tempat kerja yang lebih baik berbanding syarikat tempatan.


Globalisasi menghasilkan homogenasi budaya Amerika ke seluruh dunia.


Memang benar bahawa Amerika Syarikat menjadi tarikan kepada ramai
pihak. Golongan elit biasanya tidak suka perkara ini. Tapi, cuba kita fikirkan
trend yang melanda dunia seperti Harry Potter daripada England, Pokemon dan
Anime daripada Jepun, Bollywood daripada India, dan banyak lagi budaya yang
bukan daripada Amerika. Semua ini sebenarnya memperkayakan kita dan
memperkayakan satu sama lain. Itu belum lagi disebut mengenai masakan
Siam dan lagu-lagu yang kita dengar dalam pelbagai bahasa.
Jika budaya disimpan dalam bekas kedap udara dan dihalang daripada
berubah, maka ia bukan lagi kebudayaan manusiawi. Sebaliknya, ia menjadi
barang pameran dalam muzium sahaja. Globalisasi sebenarnya
memperkayakan budaya.


Globalisasi melahirkan ketidaksamaan



Ketidaksamaan berlaku akibat
daripada pelbagai faktor yang kompleks. Ada benarnya jika dikatakan bahawa
globalisasi melahirkan ketidaksamaan kerana jurang antara negara-negara
yang menyekat perdagangan dengan negara-negara yang mengamalkan
ekonomi terbuka memang menjadi semakin besar. Tetapi ini bukan
ketidaksamaan yang sering dimomokkan oleh penentang globalisasi!
Hakikatnya, dalam negara-negara yang membuka ekonomi mereka untuk
menerima perdagangan dan pelaburan, jumlah golongan pertengahan (middle class) semakin meningkat. Ini bermaksud jurang pendapatan menjadi semakin
kecil, bukan semakin besar.




No comments:

Post a Comment