Blogger Layouts

Tuesday 20 December 2011

::: TeKnOlOgI Di ErA GlObaLiSaSi : ::

Globalisasi yang berteraskan IT telah membawa banyak perubahan yang boleh
dilihat dengan mata kasar dan juga yang dirasakan secara langsung pada
peringkat komuniti dan individu. Wujudnya ratusan siber cafe atau WARNET
di seluruh pelusuk Nusantara adalah bukti nyata tentang perkembangan itu.
Sistem perbankan elektronik dengan ribuan ATM yang membolehkan wang tunai
dikeluarkan bila-bila waktu selama 24 jam adalah satu lagi buktinya. Kombinasi
teknologi satelit dengan IT telah menyebabkan ledakan penggunaan telefon
bimbit (mobile telephone). Banyak lagi contoh dan bukti lain boleh diberi untuk
menunjukkan bagaimana IT dan globalisasi telah memberi kesan ke atas kehidupan
seharian rakyat Malaysia dan Indonesia. Soalnya, apakah semua perubahan ini
benar-benar telah mengubah sifat, proses dan prinsip yang mendasari pembinaan
ilmu secara intrinsik sehingga membolehkan globalisasi dan IT mencapai
suksesnya kini yang dikatakan ilmu adalah sendinya?








Untuk membolehkan kita membincang secara objektif dan skimatis akan hal
ini, kita akan mengupasnya daripada tiga sudut: epistemologi, ontologi dan
metodologi. Epistemologi dimengertikan sebagai asal-usul serta sistem pemikiran
yang mendasari ilmu. Dalam konteks moden, khususnya semenjak zaman
Enlightenment, epistemologi struktur ilmu pengetahuannya adalah rasionalisme.
Ontologi pula membawa erti konsepsi mengenai realiti, tidak kira sama ada yang
nyata atau abstrak, yang selanjutnya mempengaruhi cara manusia mendefinisi
diri dan alam di sekitarnya. Metodologi pula merujuk kepada dua perkara: pertama,
orientasi, prinsip dan teknik penyiasatan sosial dan kedua, isu-isu bersifat
metodologikal, seperti peranan disiplin akademik, proses pendidikan dan
pembelajaran serta sifat bahan dan pembuktian empirikal. Ketiga-tiga aspek ilmu
ini tidak terpisah seratus persen, kerana kait mengait dan tindanlapis yang kadangkadang
boleh membawa kekeliruan dalam usaha kita memahami pembinaan ilmu
dalam era globalisasi dan IT ini.



2 comments:

  1. saya tertarik dengan post saudari mengenai Teknologi di Era globalisasi...Saya juga ingin berkongsi bahawa kehadiran IT telah membuka jendela baru dalam capaian, untuk sesiapa sahaja dalam memperolehi ilmu, yang terjelma dalam pelbagai bentuk, dalam dunia
    ekonomi baru (K-Ekonomi) dan masyarakat baru (K-Masyarakat), dan ini dapat dikatakan
    pula akan menjanjikan kesejahteraan hidup baru yang bersendikan prinsip
    kesaksamaan (equity)...:)

    ReplyDelete
  2. pada zaman yag serba membangun nih...pelbagai gaya n perkembangan yang telah berlaku akibat globalisasi yang tanpa sempadan..sebagai remaja..kite juga harus berwaspada dengan ape yg berlaku...amik yg jernih buang yg keruh..

    ReplyDelete